Tuesday, 10 July 2012

Adra Medina


Maaf sebab lambat update mengenai kelahiran baby dlm idup aku ngan Hubby..Adam dah menjadi abang dan mengelarkan diri nyer sebagai Along....Kami mendapat baby girl yg diberi nama Adra Medina...Baby dilahirkan pada 11 Mei 2012 pada pukul 7.02 pg...Berat ketika dilahirkan 2.95kg...Aku & Hubby bersyukur mendapat Adam & Adra yg telah melengkapkan idup kami...Aku pun baru masuk keje minggu lepas...Tapi arini baru aku dapat update blog..Jom layan pic Adra dari dia lahir sampai lah umur dia berusia 59 hari...hehehheh























Monday, 7 May 2012

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata


Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.


Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.

* saya amik dari blog cikbetty..tak salah kita berkongsi ilmu..semoga semua nyer akan manjadi seperti yang kita inginkan...

Doa supaya anak mendengar kata


Zaman sekarang zaman yang sungguh mencabar bagi kita sebagai ibubapa bila kita mendapat anak yang bijak dan suka menjawab..Di sini saya telah mendapatkan dari blog Jue Rahim..Tak salah kita berkongsi sesama kan..hehehhe

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

Sunday, 25 March 2012

Hari Pertama Adam ke Sekolah

Dah lama aku tak update blog aku kan..yalah sejak aku peknen nie aku semakin malas nak update..heheh..jangan mare yer...Aku nak story kat korang yang aku dah masukkan Adam ke sekolah..Pada 20 March 2012..Lambat kan aku masukkan..Memula aku memang nak masukkan awal,tapi tadika yang aku ngan hubby nak masukkan Adam tue dah full...Jadi ingatkan nak masukkan tahun depan...Tapi dah setiap hari Adam asyik tanya bila nak masuk sekolah,aku ngan hubby pun minta tolong ngan mak aku carikan tadika islam...Akhirnya jumpa lah tadika islam yang bernama Tadika Aulad yang beroperasi di Taman Mesra,Kajang...Ok ler..cikgu dia pun ramah dan mesra....Adam pun happy..heheheh..Jom korang tgk adam pakai baju sukan sebab kemeja takde saiz dia..Nak kena tempah dulu..heheheh

Comey x Adam..hehhehe..Siap suruh ayah dia balik..Memang tak nangis bila ditinggalkan...Kalau waktu balik,amik awal,kena marah ngan Adam sebab amik dia awal..Sedangkan memang waktu dia balik..Takper...Janji dia happy ngan jadual sekolah dia sekarang nie.. ;)

Monday, 6 February 2012

CINTA DAN BENCI - Geisha (Karaoke)

Melaka di waktu malam

Aku bosan duk kat umah,jadi aku ajak hubby aku berjalan² di Bandaraya Melaka..Ingat kan nak ajak waktu petang tapi Adam lakz tidur..Tak nak ganggu tidur yabf tengah nyenyak tue..heheheh...Adam suka melihat lampu² dan boat di Sg. Melaka..Adam nak naik tapi aku ngan hubby malasa lakz nak naik memandangkan aku hanya nak berjalan² jer sebab dah lama aku tak berjalan² di Bandaraya Melaka...Sejak duduk kajang pas kawin,memang tak berkesempatan nak berjalan² hehehhehe...Jom layanz pic aku bersama Adam..Malam tue,Adam begitu sporting untuk bergambar walaupun hakikat nyer sebelum nie payab bebeor..hahahhaha






Port Dickson

Perancangan aku ngan Hubby sebenarnya nak bawa Adam jumpe cousins dia yang tak dapat balik kampung.... Kami sampai pun dalam kul 4 petang...Pas lepak² umah adik ipar aku,kitorang plan nak gi pantai..Jejalan jer....Tapi tak sangka Adam nak mandi ngan tak bawa pakaian spare pun...Disebabkan Adam nak sangat main air laut dan pasir pantai,Hubby aku pun terpaksa melipat seluar nyer...hehehhehe...Aku memang duduk tepi jer lah...Betapa sonok nyer Adam dapat main air dan pasir....Meh korang tengik pic yang telah aku snap..Nanti aku tunjuk pic nie,mesti Adam malu...hhehehhehe