Wednesday, 19 September 2012

My Sweet Girl

Aku tengah seronok time nie sebab Adra dah pandai meniarap dan suka meniarap bila aku letakkan dia  di atas tilam...Korang tengok lah aksi Adra..Terhiburkan..Mesti korang paham perasaan aku bila melihat anak semakin membesar..Siapa yang dah jadi seorang ibu memang akan paham perasaan aku nie..Setiap apa yang anak kita pandai buat,pasti kita akan merakam aksi mereka untuk dijadikan kenangan....Seperti aku merakam aksi Adam dulu....Tapi aku sedih bila mendengar ada bayi yang mati dipam dalam tandas,ada yang campak dari tingkat yang tinggi,ada yang membuang bayi dan aku terpikir mereka tak sedih ke bila mendengar tangisan bayi tue...Kekadang aku terpikir mereka tidak takut ke dengan pembalasan dari Allah swt...Mereka sanggup mengandung selama 9 bulan tapi bila bayi tersebut dilahirkan mereka bunuh tanpa belas kasihan...Aku sedih melihat mayat bayi² yang dibuang oleh ibu mereka sendiri.. Aku sebagai manusia memang tidak layak untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia² yang tidak berperikemanusiaan ini tetapi aku yakin balasan dariNya untuk manusia yang kejam ini...Aku berdoa semoga anak-anak aku akan menjadi manusia yang bertanggungjawab dan tidak melarikan diri dari masalah serta menjadi anak yang soleh dan solehah.... Aminn....


'Amik lah picture saya..Saya ngah pandang kamera'

'Comey tak saya?'


'Kelakar lah citer kartun tue'...Time nie adra ngah tengok citer Tom & Jerry


Peace!!!







Ibu...Adra senyum...



Adra dah keletihan meniarap..heheh..Muka dah badmood sebab Adra time nie dah ngantuk..Yalah,ibu dia asyik suruh posing jer..K lah..Kang aku merapu² lakz...Adiossss...





I'm Back!!!

Dah lama aku x updatekan blog aku nie...Biasalah bila dah dapat baby ni,banyak yang dilupakan disebabkan melayan karenah dan telatah Adra yang sedang membesar...Alamdulillah,Adra sekarang dah pandai meniarap dan memusingkan badan nyer...Dah 4bln umur Adra.rasa sungguh sekejap jer..
Adra juga pandai menyembur dan telah membuat rambutku gugur...Adam lakz makin menyayangi adiknya..Yalah,kalau aku kuar beli barang tanpa bawa Adra,Adam dah menangis cam adik dia tue dibawa lari...Sedangkan aku ingat senang nak beli barang dapur bila Adra tinggal ngan ibuku...Bila beli baju @ mainan untuk Adam,mesti Adam akan ingatkan aku belikan sekali untuk adiknya...Aku rasa lega bila Adam lebih pentingkan adik dia dari dirinya sendiri....

Tapi yang aku tak boleh blah ngan ayat Adam bila nak sesuatu "Ibu..bila dapat gaji nanti jangan lupa belikan yer.."....Aku hanya mampu senyum dan angguk...Yang aku nak tergelak bila dia minat ngan kete Peugeot..x kisah lah jenis apapun tapi bila nampak lambang singa tue,Adam tahu ler tue peugeot...kete tue pun dia suruh aku beli bila dapat gaji..huhuhu..tue setahun pun belum tentu cukup gaji aku..hahhaha...Bila aku melihat telatah anak-anak aku ni,kelakar gakz..Memang boleh hilang penat seperti yang orang kata,tak sabar nak balik rumah..hehehhe..

Inilah aksi Adam menyayangi Adra...Pic nie time 1st raya..Adra baru 3 bulan dah pakai baju kurung...Tahun nie memang aku excited menyambut raya sebab anak dah sepasang..Jadi bila dapat anak girl nie,memang ranbang mata ler bila beli baju dia...

Ramai yang kata anak aku nie cam anak cina samapi adik beradik Hubby aku memanggil Adra  'AMOI'...sebenarnya nie semua penangan KPOP..Masa peknen dulu aku suka sangat tengok G-Dragon dari group BigBang...

Masa nie Adra tengah nak belajar meniarap..Umur Adra ketika ini baru 3 bulan..Mesti  korang geram kan ngan Adra...Adra nie peramah dan memang akan sentiasa senyum jer...

Adam ngah bergaya ketika berhari raya di Melaka..Kampung Hubby aku...Adam memang suka gi kolam  nie sebab nak bagi ikan makan...Alhamdulillah sebab aku mendapat anak-anak yang comel dan sehat... :))

Monday, 6 August 2012

My Precious

Sejak kelahiran adra,aku sampai lupakan blog aku nie..aku lebih suka menghabiskan masa dan melayan telatah puteriku...hehhehe..Alhamdulillah,Allah mendengar doaku yang inginkan anak perempuan...heheh..Cukuplah sepasang buat masa nie...lengkap idup aku dan hubby....Adam dan Adra adalah kelengkapan idupku dan aku akan berusaha lebih untuk memastikan anak² aku mendapat pendidikan  dan didiikan agama yang sebaik-baiknya....

Adam pun semenjak dua menjak nie,dah pandai membawa diri dan menjadi Along kepada Adra dan ringan tulang membantu aku dan nenek nyer...Aku berharap Adam akan menjadi contoh yang baik kepada Adra...









Inilah telatah dan karenah anak² aku bila bergambar...Aku terhibur bila melihat telatah mereka yang pasti mencuit hati aku dan hubby...Anak² ibu sentiasa dekat dihati ibu.. :))

Tuesday, 10 July 2012

Telatah Adam & Adra

Adam gembira menjadi seorang abang...Adam telah membahasakan diri dia sebagai Along...Aku dan suami gembira dengan penerimaan Adam terhadap adiknya,Adra...Tetapi adam tetap memberontak gakz tapi aku ngan hubby akan cba pujuk dan terangkan kepadanya..Alhamdulillah,adam mendengar kata ...korang tengok lah bila dia bergambar dengan adik perempuan dia...hehhehehe...




Aku berharap kasih sayang pada adiknya akan berkekalan..Ibu ngan ayah sellau berdoa semoga anak² ibu dan ayah akan menjadi anak soleh dan solehah..Amin....

Adra Medina


Maaf sebab lambat update mengenai kelahiran baby dlm idup aku ngan Hubby..Adam dah menjadi abang dan mengelarkan diri nyer sebagai Along....Kami mendapat baby girl yg diberi nama Adra Medina...Baby dilahirkan pada 11 Mei 2012 pada pukul 7.02 pg...Berat ketika dilahirkan 2.95kg...Aku & Hubby bersyukur mendapat Adam & Adra yg telah melengkapkan idup kami...Aku pun baru masuk keje minggu lepas...Tapi arini baru aku dapat update blog..Jom layan pic Adra dari dia lahir sampai lah umur dia berusia 59 hari...hehehheh























Monday, 7 May 2012

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata


Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.


Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.

* saya amik dari blog cikbetty..tak salah kita berkongsi ilmu..semoga semua nyer akan manjadi seperti yang kita inginkan...

Doa supaya anak mendengar kata


Zaman sekarang zaman yang sungguh mencabar bagi kita sebagai ibubapa bila kita mendapat anak yang bijak dan suka menjawab..Di sini saya telah mendapatkan dari blog Jue Rahim..Tak salah kita berkongsi sesama kan..hehehhe

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.