Dah lama aku tak update blog aku kan..yalah sejak aku peknen nie aku semakin malas nak update..heheh..jangan mare yer...Aku nak story kat korang yang aku dah masukkan Adam ke sekolah..Pada 20 March 2012..Lambat kan aku masukkan..Memula aku memang nak masukkan awal,tapi tadika yang aku ngan hubby nak masukkan Adam tue dah full...Jadi ingatkan nak masukkan tahun depan...Tapi dah setiap hari Adam asyik tanya bila nak masuk sekolah,aku ngan hubby pun minta tolong ngan mak aku carikan tadika islam...Akhirnya jumpa lah tadika islam yang bernama Tadika Aulad yang beroperasi di Taman Mesra,Kajang...Ok ler..cikgu dia pun ramah dan mesra....Adam pun happy..heheheh..Jom korang tgk adam pakai baju sukan sebab kemeja takde saiz dia..Nak kena tempah dulu..heheheh
Sunday, 25 March 2012
Monday, 6 February 2012
Melaka di waktu malam
Aku bosan duk kat umah,jadi aku ajak hubby aku berjalan² di Bandaraya Melaka..Ingat kan nak ajak waktu petang tapi Adam lakz tidur..Tak nak ganggu tidur yabf tengah nyenyak tue..heheheh...Adam suka melihat lampu² dan boat di Sg. Melaka..Adam nak naik tapi aku ngan hubby malasa lakz nak naik memandangkan aku hanya nak berjalan² jer sebab dah lama aku tak berjalan² di Bandaraya Melaka...Sejak duduk kajang pas kawin,memang tak berkesempatan nak berjalan² hehehhehe...Jom layanz pic aku bersama Adam..Malam tue,Adam begitu sporting untuk bergambar walaupun hakikat nyer sebelum nie payab bebeor..hahahhaha
Port Dickson
Perancangan aku ngan Hubby sebenarnya nak bawa Adam jumpe cousins dia yang tak dapat balik kampung.... Kami sampai pun dalam kul 4 petang...Pas lepak² umah adik ipar aku,kitorang plan nak gi pantai..Jejalan jer....Tapi tak sangka Adam nak mandi ngan tak bawa pakaian spare pun...Disebabkan Adam nak sangat main air laut dan pasir pantai,Hubby aku pun terpaksa melipat seluar nyer...hehehhehe...Aku memang duduk tepi jer lah...Betapa sonok nyer Adam dapat main air dan pasir....Meh korang tengik pic yang telah aku snap..Nanti aku tunjuk pic nie,mesti Adam malu...hhehehhehe
Sunday, 29 January 2012
Doa & Amalan Semasa Mengandung
Hari ini aku tercari-cari di Google, doa dan amalan ketika mengandung. Aku rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran. Info ini aku perolehi daripada blog lain, di bawah ini aku kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:
- Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
- Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
- Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
- Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
- Surah al-Fatihah
- Surah Yaasin
- Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
- Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
- Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
- Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
- Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
- Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
- Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Sunday, 15 January 2012
Rambut Adam
Aku nak korang tengok pic adam sebelum dan selepas rambut dia dipotong..Bila rambut panjang,nampak cam budak baik lakz..tapi bila dah dipotong nampak lakz nakal dia..hehheheh..Korang tengok lah pastu bagi comment yang mana sesuai ngan adam yer..heheheh
Adam, Aliyah & Ali
Time nie family aku balik ke kampung hubby aku yang terletak di Tanjung Rimau Dalam,Alor Gajah,Melaka..hehehe..Adam sonok time nie balik kampung sebab dapat berjumpe dengan sepeupu-sepupu yang sekepala dengannya..Ada jer program yang mereka buat..Ermm..tapi memang sonok tengok mereka teringat zaman aku kecik-kecik dulu..sonok jadi kanak-kanak nie,hanya tahu bermain dan berimaginasi..hehehe...Korag tengok lah telatah mereka bergambar..Adik ipar aku yang dipanggil 'Alang' oleh mereka telah snap pic diorang..hehehe..Kalau korang nak tahu anak aku,Adam,susah untuk amik pic tapi bila ngan sepupu-sepupu dia jadi sporting lakz..hehehhe..Jom layan pic mereka nie yer..hehehehhe
Subscribe to:
Posts (Atom)


















