Sunday, 29 January 2012

Doa & Amalan Semasa Mengandung

Hari ini aku tercari-cari di Google, doa dan amalan ketika mengandung. Aku  rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran. Info ini  aku perolehi daripada blog lain, di bawah ini aku kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sunday, 15 January 2012

Rambut Adam

Aku nak korang tengok pic adam sebelum dan selepas rambut dia dipotong..Bila rambut panjang,nampak cam budak baik lakz..tapi bila dah dipotong nampak lakz nakal dia..hehheheh..Korang tengok lah pastu bagi comment yang mana sesuai ngan adam yer..heheheh

Adam, Aliyah & Ali

Time nie family aku balik ke kampung hubby aku yang terletak di Tanjung Rimau Dalam,Alor Gajah,Melaka..hehehe..Adam sonok time nie balik kampung sebab dapat berjumpe dengan sepeupu-sepupu yang sekepala dengannya..Ada jer program yang mereka buat..Ermm..tapi memang sonok tengok mereka teringat zaman aku kecik-kecik dulu..sonok jadi kanak-kanak nie,hanya tahu bermain dan berimaginasi..hehehe...Korag tengok lah telatah mereka bergambar..Adik ipar aku yang dipanggil 'Alang' oleh mereka telah snap pic diorang..hehehe..Kalau korang nak tahu anak aku,Adam,susah untuk amik pic tapi bila ngan sepupu-sepupu dia jadi sporting lakz..hehehhe..Jom layan pic mereka nie yer..hehehehhe







Thursday, 12 January 2012

My Baby 22 weeks

Semalam aku gi klinik scan perut aku untuk melihat baby dalam kandungan ku...Alhamdulillah,semuanya ok dan baby aku aktif...Aku rasakan seperti aku mengandungkan anak pertama dulu..Yalah beza Adam ngan bakal adik dia nie,4 tahun..Adam pun tak sabar nak melihat adik nyer....Yalah,sonok nak dapat adik...hehehehe....Adam selalu gakz tanya baby sihat tak? ehhehehe...Adam dah berangan nak jaga adik dia..hehehhe...Aku ngah mencari nama yang sesuai dan maksud yang baik²...hehhe..Jom korang tgk picture yang aku scan tue...heheheh



Tuesday, 10 January 2012

Adam belajar menulis

Maaf lah sebab dah lama tak update blog aku nie...aku terlalu bz ngan kerja dan family..Sib baik aku arini ada masa lapang untuk menceritakan kisah terbaru aku..Aku nak berkongsi cerita ngan korang mengenai Adam..Anak sulung aku yang bakal mendapat adik bulan 5 nie...Adam tak sabar nak dapat adik dan lagi 1,dia dah bahasakan diri dia 'ABANG'.....
   Adam sekarang tengah belajar menulis..Jap lagi aku upload picture anak aku menulis...Sebelum nie,Adam tak berminat dengan buku..tapi sebagai seorang ibu sampai bila aku nak biarkan Adam tak tahu pape kan...So,aku belikan buku belajar menulis,yang dia boleh tulis dengan pen whiteboard tue sambil padam sekira nyer kita tak berpuas hati dengan hasilnya..hehehe..Sebenar nyer ada peristiwa yang membuat aku tersedar tentang Adam...
   Ketika Adam mewarna bersama anak² kawan mak aku,Adam tak reti dan hanya menconteng jer...Adam melihat kengkawan sebaya dia boleh warna dengan ok walaupun tak sekemas mana...Adam pandang aku yang kebetulan ada kat situ,dia pandang aku sambil menahan air mata dia dari keluar dan asyik kata "Bu..Adam tak pandai warna"...tersentuh hati aku mendengar nyer...Sejak kejadian tue,aku tekad nak mengajar Adam..Aku terpikir takkan dah masuk tadika,baru dia nak belajar kan..So,sejak tue aku akan belikan buku yang boleh membuat dia belajar....Sekarang nie adam dalam proses menulis dan mewarna...Alhamdulillah,Adam telah kenal warna..semasa dia mawarna aritue,dia memang dah kenal warna cuma tak pandai nak mewarna...heheheheh...Aku akan update setiap prestasi Adam kepada korang yer..Jom layan picture Adam tengah belajar menulis yer...hehehhehehe

Cuba korang tengok betapa khusyuk  nyer Adam menulis...hehehhe

Ini tulisan pertama dia..Kelakar gakz..tapi aku ngan Hubby tahan gelak dan puji dia supaya berusaha lagi...
Ini aku tak tahu tulisan  yang ke berapa...Tapi Adam tetap berusaha....cute kan...

Ini lah hasil nyer sebelum Adam ingin merehatkan tangan nyer...Pasti setiap ibu akan bangga bila melihat anaknya menunjukkan kesungguhan di dalam sesuatu perkara..Jadi,kita sebagai ibu harus menyokong setiap apa yang dilakukan oleh anak kita...Jangan dimarah atau mematahkan semangat anak kita...