Monday, 7 May 2012

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata


Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.


Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.

* saya amik dari blog cikbetty..tak salah kita berkongsi ilmu..semoga semua nyer akan manjadi seperti yang kita inginkan...

Doa supaya anak mendengar kata


Zaman sekarang zaman yang sungguh mencabar bagi kita sebagai ibubapa bila kita mendapat anak yang bijak dan suka menjawab..Di sini saya telah mendapatkan dari blog Jue Rahim..Tak salah kita berkongsi sesama kan..hehehhe

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.