Khamis nie 21 July 2016, Adea akan turn 2 years old...She always be my baby...hehhehe..Dia seorang yang manja dengan ayah dia dan setiap karenah dia sentiasa mencuit hati aku dan hubby...
Setiap pagi, adea akan ikut ayah dia menghantar aku ke tempat kerja...Dia juga kuat merajuk dan kuat juga mengusik abang dan kakak dia...
Aku bersyukur dapat anugerah dariNYA..betapa aku bahagia memiliki anak seperti Adam,Adra dan Adea...Setiap anak mempunyai sikap yang berbeza dan di atas sikap yang berbeza membuatkan aku dan hubby sentiasa bersabar atau hilang sabar..hahahha...
Anak2 aku bila dengar hubby aku bersuara atau marah,pandai lakz mereka diam dan xde merengek..Tapi jika dengan aku,selagi x dapat selagi tue diorang pujuk..Sebagai ibu,memang aku cair juga ler..Tapi disebabkan suami aku selalu berpesan jangan ikut sangat kehendak anak2...Jika mereka ingin sesuatu selalu nyer hubby aku akan bagi utk reward diorang..Seperti Adam tahun lepas dapat no.6 dalam sekolah untuk Tahun 1, abg aku belikan PS2 dan LEGO..Betapa berpuas hati anak aku... Jadi anak2 aku dah paham,jika ingin dapatkan sesuatu diorang juga kena bagi hadiah pada kami..
Setiap orang berbeza mendidik anak memasing dan ada cara tersendiri..Mungkin di mata kasar mereka,kami memanjakan anak kami...Tetapi sebenar nyer mendidik mereka ingin sesuatu kena berusaha belajar dan menjadi anak yang baik serta mendengar kata...
Alhamdulillah...aku bangga mempunyai anak2 seperti mereka...Adra sejak sekolah, asyik membaca buku yang disediakan oleh sekolahnya..dan dia dah boleh membaca walaupun sebenarnya dia menghafal...