Tuesday, 19 July 2016

I Love My Child's


Khamis nie 21 July 2016, Adea akan turn 2 years old...She always be my baby...hehhehe..Dia seorang yang manja dengan ayah dia dan setiap karenah dia sentiasa mencuit hati aku dan hubby...
Setiap pagi, adea akan ikut ayah dia menghantar aku ke tempat kerja...Dia juga kuat merajuk dan kuat juga mengusik abang dan kakak dia...

Aku bersyukur dapat anugerah dariNYA..betapa aku bahagia memiliki anak seperti Adam,Adra dan Adea...Setiap anak mempunyai sikap yang berbeza dan di atas sikap yang berbeza membuatkan aku dan hubby sentiasa bersabar atau hilang sabar..hahahha...

Anak2 aku bila dengar hubby aku bersuara atau marah,pandai lakz mereka diam dan xde merengek..Tapi jika dengan aku,selagi x dapat selagi tue diorang pujuk..Sebagai ibu,memang aku cair juga ler..Tapi disebabkan suami aku selalu berpesan jangan ikut sangat kehendak anak2...Jika mereka ingin sesuatu selalu nyer hubby aku akan bagi utk reward diorang..Seperti Adam tahun lepas dapat no.6 dalam sekolah untuk Tahun 1, abg aku belikan PS2 dan LEGO..Betapa berpuas hati anak aku...  Jadi anak2 aku dah paham,jika ingin dapatkan sesuatu diorang juga kena bagi hadiah pada kami..

Setiap orang berbeza mendidik anak memasing dan ada cara tersendiri..Mungkin di mata kasar mereka,kami memanjakan anak kami...Tetapi sebenar nyer mendidik mereka ingin sesuatu kena berusaha belajar dan menjadi anak yang baik serta mendengar kata...

Alhamdulillah...aku bangga mempunyai anak2 seperti mereka...Adra sejak sekolah, asyik membaca buku yang disediakan oleh sekolahnya..dan dia dah boleh membaca walaupun sebenarnya dia menghafal...














My Family di Hari Raya Pertama 1437H

Hari nie aku nak update mengenai kisah aku sambut raya di Kajang bersama mak dan apa (aku adik beradik panggil ayah aku 'APA', jangan korang tanya k..sebb aku sendiri takde jawapan)... serta adik bongsu aku... Adik2 perempuan aku semua ikut suami memasing..mereka balik beraya ke kampung suami memasing dan adik lelaki aku yang ketiga x dapat balik sebb dia perlu berkhidmat pada negara... Seronok mak dan apa sebab dapat beraya dengan cucu2 mereka...

Yang pasti selepas solat raya dan melawat kubur arwah nenek aku,mula lah sesi bermaaf-maafan dan sesi bergambar..hahahhah...Jap lagi aku sharekan pic aku bersama family aku yer..Aku dah jadikan blog ini seperti diari aku..Cuma konsep nyer aku bagi korang baca diari aku nie..hahahhah...Tak salah kita berkongsi ilmu kan... Jom layan pic aku bersama keluarga aku...
bersama Mak, Apa dan adik bongsu serta suami dan anak2



Inilah family kecil aku...
















Doa Memudahkan Bersalin

Assalammualaikum....

Aku memang sekarang tiada masa untuk update status sejak ada anak tiga orang nie...Bila balik rumah, aku dah bz melayan anak aku yang bongsu tue...Di sini aku ingin berkongsi doa untuk memudahkan bersalin.. Dan doa ini aku amalkan masa aku bersalinkan anak no.2 dan no.3...Alhamdulillah,aku senang melahirkan mereka berdua...

Semasa aku dilanda kesakitan contraction,aku membaca doa2 ini,..Kepada ibu2 muda yang pertama kali untuk bersalin boleh amalkan....Insya Allah...segalanya akan dipermudahkan olehNYA....

Doa Nabi Yunus a.s
Doa Mudah Bersalin


Insya Allah...Kebanyakkan kita akan amalkan doa Nabi Yunus, ini kerana ia adalah doa yang paling ringkas untuk dihafal dan paling mudah untuk dibaca ketika menhadapi kesakitan contraction dalam labour room.