Sunday, 6 May 2018

Resipi Butter Prawn

Assalamualaikum... hari nie aku nak berkongsi dengan korang resipi Butter Prawn...hahahha...Aku pun tak sangka yang aku berjaya buat yg serdak tue...Dan Alhamdulillah, ini adalah kali kedua dan ia berjaya...Kali pertama memang tak berjaya aku bua..Serdak telur tue besar2...


Ini adalah Butter Prawn yang pertama kali aku buat dan ia tak menjadi
Alhamdulillah, suami dan anak3 suka dengan masakan Butter Prawn yang aku buat nie...Untuk pengetahuan korang aku jarang masak dan resipi ini aku dapat dari Encik Youtube... Masa aku masak pertama kali nie adalah untuk tetamu dari Singapore iaitu makcik2 dan pakcik suami aku dari Singapore...

Aku masak Butter Prawn buat kali kedua adalah masa aku balik kampung suami aku baru2 ini, suami aku nak makan Butter Prawn dan nak bagi mak ayah serta adik beradik dia rasa...Pas2 anak3 aku pun request juga...Tak baikkan melawan kata suami...Orang2 tua kata nak memikat suami adalah perutnya...


Ini lah Butter Prawn yang aku buat untuk kali kedua dan Alhamdulillah serdak nyer menjadi hasil bantuan biras aku menuang ke dalam kuali halus sehalusnya dan aku tukang kacau...Okay, aku nak share resipi...Berkongsi ilmu tidak salahkan...

Bahan Sarang Telur:
biji kuning telur gred AA
1 cawan minyak
4 sudu besar butter

Cara:
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
3. Gunakan senduk bulat untuk membuat pusingan sehala di dalam kuali.
4. Setelah minyak benar-benar panas, teruskan memusing minyak menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula angkat kuning telur agak tinggi dan tuangkan ke dalam minyak gorengan. Teruskan memusing sehala dengan laju sehinggalah habis kuning telur yang dituang tadi.
5. Bila sarang telur kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan minyaknya.

Bahan-bahan:
500 gram udang kertas saiz sederhana kecil - gaul dan perap udang dengan lada hitam dan garam (jangan goreng terlalu lama) 
12 biji cili padi - hiris
1/2  cawan minyak1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
ulas bawang putih - cincang
tangkai daun kari - lurutkan daunnya
sudu besar mentega
sudu besar susu cair

Cara:
1. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Tambahkan hirisan cili padi dan daun kari. Gaul rata.
3. Masukkan susu cair, lada putih dan gaul sehingga pekat
4. Setelah bahan tumisan mulai memekat, masukkan udang dan gaul bagi sebati
7. Taburkan sarang telur ke hidangan yang siap dimasak. 


Korang cuba lah yer..Jangan berputus asa...Sentiasalah mencuba..Kita buat pertama kali pun belum terntu akan mejadi.. Selamat Mencuba ;)





,






Thursday, 3 May 2018

Birthday My Hero

Pada 13 April yang lepas, adalah birthday anak lelaki aku, Adam...Walaupun sambut ringkas jer yg penting Adam happy sbb dpt celebrate dgn atuk dan nenek di Melaka...Pilihan cake ialah White Coklat Macadamia...Pilihan aku ler sbb aku suka makan kek ini.. Kek nie sedap..Aku beli kat Secret Recipe....Sekarang anak sulung aku dah berumur 10tahun..Cepat sungguh masa berlalu..Rasa cam semalam jer melahirkan dia...Terima kasih Along, sbb menjadi anak yang baik dan dengar kata walaupun Along ada juga nakal...Ibu dan ayah berharap Along dapat menjadi anak yang baik dan soleh... Semoga cita2 Along untuk menjadi Saintis akan tercapai...Ibu dan ayah sentiasa mendoakan..

Terima kasih juga menjadi abang yang baik walaupun ibu tahu Along selalu dibuli oleh adik2 tapi Along juga kena marah sbb adik menangis...Bila adik menangis,mesti Along akan pujuk sampai adik diam..Bila Along kesakitan akibat perbuatan adik atau Kakak, mesti along diam dan berlagak cam tidak sakit.. Sekiranya ibu tiada suatu hari nanti, ibu harap Along dapat jaga adik2 dengan baik...Jangan putuskan silaturrahim antara adik beradik..Nantio kasut converse Along, ibu beli yer...








my Girls di Genius Aulad

Assalamualaikum..
Dah lama x update pasal anak2 perempuan kita..Yang bongsu buln 7 nie baru genap 4thn manakala kakak tggl 8 hari jer lagi nak 6thn...Dah besarkan anak dara i...Diorang bersekolah di Genius Aulad Kajang...Alhamdulillah,anak2 seronok bersekolah di situ...Teacher2 kat situ pun okay dan friendly...Anak yg bongsu pun dah pandai baca doa walaupun pelat..

Anak yg bongsu bagi dugaan kat aku ngan suami bila dia meragam pada hari pertama...Sebelum nie Along dan Kakak okay jer bila ditinggal..Amik masa sebulan juga nak bagi dia okay...Setiap hari dijanjikan beli mainan dan makanan yg diminati..

Sekarang nak ke sekolah jer dia byk bagi alasan tp sampai sekolah,dia lah yg akan pergi ke teacher..Apa2 pun ibu doakan anak2 ibu menjadi org yang berguna dan anak yg solehah...
















 

I’m back..

Last aku update tahun 2016...Maaf lah aku bz ngan study dan anak2 yg makin membesar.. Anak2 dara akubdah bersekolah manakala anak bujang aku dah berumur 10thn..Utk pengetahuan korang aku dah sambung study degree..Tunaikan impian mak ayah aku yg nak aku genggam segulung ijazah...Bila org tanya naper aku sambung study,tue je lah yg aku beritahu sbb mak ayah aku..Tapi bila aku pikirkan balik mungkin utk masa depan dan mendapatkan kerjaya yg lebih baik..Takper, yg penting restu dan doa dari mak ayah serta suami..
Kat bawah nie aku lampirkan beberapa pic aku bersama rakan2 sekelas aku dari sem 1 hingga sem 2...Sekrg aku dah sem 3..Nnt aku cerita kisah anak3 aku yer..

With my sister

Ini lah rakan2 seperjuangan..Mereka banyak membantu dan memberi kata2 semangat


Nie study utk exam sem 2..Tok ketua yang sentiasa membantu anak2 buah..



Lunch sebelum kelas bermula...