Saturday, 13 February 2016

Pengalaman Baru di Brainy Bunch International Islamic Montessori

Ya ALLAH..dah lama aku x update kat blog nie...Maaf kepada pembaca blog yang suka mengikuti blog aku walaupun aku bukan lah blogger popular..Dulu aku buat blog nie seperti diari bagi aku dan aku rasa gembira dapat berkongsi info dengan pembaca blog lain...Sejak aku ada anak no,3 nie,memang susah aku nak update pasal diri dan keluarga aku sebab kesibukan bekerja...Sekarang aku dah tak bekerja di Bahagian Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka tiada peruntukan....

Alhamdulillah...aku yakin rezeki ada di mana2 sahaja...2 minggu aku menganggur,aku telah mendapat panggilan kerja untuk diinterview di Brainy Bunch International Islamic Montessori (Putrajaya)...
Aku tak berapa yakin akan dapat kerana aku tiada pengalaman di dalam pendidikan awal kanak-kanak..Dulu aku ajar adam baca pun tiada kesabaran juga..hehhehe...Alhamdulillah,mungkin setiap perjalanan hidup aku telah ditentukan olehNYA..Kita sebagai hambaNYA mampu merancang sahaja...

Suami aku bersetuju memberi keizinan aku bekerja di BBIM Putrajaya,walaupun pada permulaannya dia x berapa izin aku kerja kat Putrajaya lagi..

.Aku bermula kerja di BBIM pada 18 Januari 2016...Pada hari pertama aku kerja,memang aku blur dan tak tahu nak buat apa..Alhamdulillah,aku mendapat rakan-rakan setugas yang memang sporting...Walaupun pada permulaannya agak janggal sebab aku ngan manager yg dah bergelar isteri...Yang lain semua anak dara...hahahahhahha...

Ok...nanti aku update lagi yer...Aku masih x faham lagi konsep montessori nie...Yelah baru sebulan kan....Tapi bagi aku pembelajaran dia okey walaupun pada permulaannya aku serabut gakz...hehhehe..Enjoy kerja ngan budak2 nie....


No comments:

Post a Comment