Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan
Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan
Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku
Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oooh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku
* Selagi ibu kita masih ada,hargailah setiap masa bersamanya..Kerana ia amat penting kepada ibu² kita untuk menghabiskan masanya bersama anak² yang dikandung selama 9 bulan tanpa mengira penat & melahirkan kita sehingga tidak menghiraukan keselamatan & kesakitan yg dirasakan ketika melahirkan kita.Bagi ibu,biarlah anak yang dilahirkan selamat & sihat...Jika kita jatuh ketika bermain masa zaman kanak-kanak,ibulah yang akan pujuk..Jika kita gagal dlm peperiksaan,ibulah yang akan meniup kata² semangat..Itulah pengorbanan seorang ibu...Apa saja permintaan anak,pasti akan ditunaikan oleh Ibu walaupun dirinya susah..Bila kita dalam kesusahan,ibulah orang yang akan sentiasa disisi kita..Tapi adakah kita sebagai anak akan mampu menunaikan permintaan ibu?? Fikirlah..kekadang kata² kita ada mengguris hati ibu tanpa kita sedari..Baliklah jumpa ibu,mama,mak,umi & mummy..Peluk mereka pasti mereka gembira dengan kepulangan kita....Seorang ibu hanya ingin akn anak² disisi sepertimana ibu sentiasa disisi anak²nya..
No comments:
Post a Comment